Skip to main content

In Memories ~ Mekah & Madinah

20 Mac 2012 ~ tarikh yang tak dapat dilupakan oleh saya kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk menjadi tetamuNYA. Ianya Umrah pertama saya.


Departure Hall KLIA


Arrival King Abdul Aziz Airport, Jeddah


1st Umrah, right after check-in hotel in Makkah

 



Ziarah @ Jabal Uhud



Selepas Tawaf Wida' 


Muzim Makkah

Ianya pengalaman yang cukup manis, mengujakan dan akan kekal dalam ingatan saya hingga ke akhirnya. Menjejakkan kaki kali pertama di rumah ALLAH dan tanah kelahiran kekasihNYA Muhammad saw.  Bermacam perasaan yang timbul sebelum, semasa dan selepas mengerjakan Umrah.

Walau hati berbolak balik untuk pergi, namun akhirnya saya sahut juga panggilan itu.  Sungguh tak rugi malahan saya rasa lebih rugi jika saya tolak panggilan itu.

Orang kata rezeki kita dapat ke sana di usia muda. Bagi saya ianya satu peluang untuk saya lebih mengenal Pencipta saya ALLAH swt. Demi ALLAH walaupun setahun telah berlalu namun, rasanya seperti baru semalam saya jejak kaki di sana.

Pengalaman melihat & menyaksikan sendiri Kaabah yang menjadi arah kiblat kita semua (muslim) di depan mata adalah moment yang menyentuh hati. Sewaktu mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah, solat di Hijr Ismail, berdoa di belakang Makam Ibrahim dan berdoa di Multazam sangat-sangat indah moment itu.
Bersaie' di antara Safa & Marwah mengenang kepayahan Siti Hajar demi kasih seorang ibu.

Walaupun kesihatan tidak mengizinkan waktu itu, namun saya gigihkan semangat untuk mendaki Jabal Rahmah lalu berdoa semoga dikurniakan jodoh yang baik untuk diri ini. Namun, bukan rezeki saya kali ini untuk mendaki Gua Hira'. InshaaAllah ada peluang ingin saya ke sana satu hari nanti.

Selesai umrah di Mekah, kami ke Kota Madinah. Kota yang penuh ketenangan tak sesibuk Mekah. Cuaca amat dingin.

Masjid Nabawi (Masjid Nabi) terletaknya Makam Rasulullah saw dan Taman Raudhah (salah satu taman syurga).  Memandangkan kesihatan tak berapa baik, saya tak dapat ke Raudhah (InShaaAllah pasti ada hikmahnya).

Sepanjang 12 hari 10 malam kembara umrah & ziarah tersebut, alhamdulillah ALLAH permudahkan segalanya. Memang rezeki saya dapat ke sana & hikmahnya, saya mahu jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Setiap apa yang ingin kita lakukan, mesti ikhlas kerana ALLAH. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sentiasa berfikiran positif.

InShaaAllah, jika ada rezeki dan kelapangan zahir & batin saya mahu ke sana lagi. Mahu menunaikan rukun Islam ke-5 pula.


Comments

  1. Sekejap kan dah setahun..permergian ke mekah.. Bila nak pergi lagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pejam celik pejam celik dah setahun kan.. mmg masih terasa lg kerinduan. inshaaAllah doa murah rezeki jejak kaki ke sana lagi.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Just go with the flow...

Tahun depan permulaan kehidupan baru. Usia menginjak ke angka 4. Bak pepatah orang putih "life begins at forty".  Keseronokan bagi sis adalah pada di usia awal remaja hingga hingga 24 tahun.  Walau bagaimanapun, tanggungjawab telah bermula sebaik sahaja kita memulakan kerjaya.  Permulaan memikirkan masa depan (lebih kepada kebimbangan) bagi sis adalah pada lewat usia 20-an. At that time, sis dah bimbang fikir pasal jodoh, kehidupan yang stabil dan beberapa perkara lain lagi. Sis pernah impikan untuk study sampai Degree level sebab masa tu fikir I am still young, masih bertenaga, and I could stay up late night untuk study & siapkan assignment. But when you reached 30, semangat tu dah hilang.   Bila perancangan further study dah terkeluar dari plan, sis baru menggelabah nak fikir pasal jodoh. Sis berdoa 2 kali ye di Jabal Rahmah (tempat pertemuan Adam & Hawa). Dengan harapan yang bukan sikit-sikit ye moga sis dapat bertemu jodoh sebelum usia cecah 35 tahun...

An Alternative Path to Meeting Mr. Right

“Because Khadijah Asked…” An Alternative Path To Meeting Mr. Right Khadijah.  Just saying her name instantly inspires me to want to be a stronger Muslimah, to sacrifice more, to discover her hidden strength and beauty she gave to her husband. Khadijah .  Who was this amazing, strong, beautiful, brilliant, pious and noble woman? I don’t mean who was she in the Seerah text, but who was she? What was it like to be her friend, what events shaped her life? What would it have been like to sit down with her over a meal and talk? What kind of advice could she tell me about marriage, Mr. Right, and living until your last breath is gone, all for the sake of Allah? It is because of her that our Deen begins with a legacy that starts, after Rasullah, with a woman. After the Mercy of Allah   (glorified and exalted be He), it is because of her sacrifices that we are Muslims today. She gave everything she had, all that she owned, from her hands, heart, and soul for Islam. ...

SILENT

Diam, Bukan bererti aku berhenti peduli padamu, Mendoakanmu, Adalah cara terbaik untukku bertahan mencintaimu..