Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Suatu hari nanti...

Suatu hari nanti Mungkin kau akan faham Kenapa aku jadi begini Suatu hari nanti Baru kau akan mengerti Kenapa aku harus pergi Suatu hari nanti Aku harap kau redha Bila aku dah tiada Dan jangan engkau sesali Atas apa yang telah terjadi Kerana tidak ada gunanya Untuk disesali Pada apa yang telah pergi

Peluang dan Pilihan

Setiap dari kita diberi pilihan. Berjaya atau gagal? Seorang atau berpasangan? Baik atau jahat? Setiap persoalan ada jawapan. Harus fikir dengan waras yang mana kita nak pilih? Nak berjaya harus ada kesungguhan, usaha, doa dan kemudian tawakal. Nak gagal bukan susah. Nak jadi baik juga bukan mudah.  Niat untuk jadi yang baik. Usaha untuk menjadi yang terbaik. Berdoa semoga kekal kebaikan itu. Nak jadi jahat bukan susah. Peluang sentiasa ada di depan mata. Ada yang diberi peluang sekali. Ada yang diberi peluang berkali-kali. Harus bijak mengambil peluang. Harus bijak mencari peluang. Jangan disia-siakan peluang yang ada. Mungkin tidak akan ada peluang selepas itu nanti. Peluang dan pilihan. Semuanya terletak pada diri sendiri. Fikir-fikirkan...

In Memories ~ Mekah & Madinah

20 Mac 2012 ~ tarikh yang tak dapat dilupakan oleh saya kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk menjadi tetamuNYA. Ianya Umrah pertama saya. Departure Hall KLIA Arrival King Abdul Aziz Airport, Jeddah 1st Umrah, right after check-in hotel in Makkah   Ziarah @ Jabal Uhud Selepas Tawaf Wida'  Muzim Makkah Ianya pengalaman yang cukup manis, mengujakan dan akan kekal dalam ingatan saya hingga ke akhirnya. Menjejakkan kaki kali pertama di rumah ALLAH dan tanah kelahiran kekasihNYA Muhammad saw.  Bermacam perasaan yang timbul sebelum, semasa dan selepas mengerjakan Umrah. Walau hati berbolak balik untuk pergi, namun akhirnya saya sahut juga panggilan itu.  Sungguh tak rugi malahan saya rasa lebih rugi jika saya tolak panggilan itu. Orang kata rezeki kita dapat ke sana di usia muda. Bagi saya ianya satu peluang untuk saya lebih mengenal Pencipta saya ALLAH swt. Demi ALLAH walaupun setahun telah berlalu namun, rasanya seperti baru se