20 Mac 2012 ~ tarikh yang tak dapat dilupakan oleh saya kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk menjadi tetamuNYA. Ianya Umrah pertama saya. Departure Hall KLIA Arrival King Abdul Aziz Airport, Jeddah 1st Umrah, right after check-in hotel in Makkah Ziarah @ Jabal Uhud Selepas Tawaf Wida' Muzim Makkah Ianya pengalaman yang cukup manis, mengujakan dan akan kekal dalam ingatan saya hingga ke akhirnya. Menjejakkan kaki kali pertama di rumah ALLAH dan tanah kelahiran kekasihNYA Muhammad saw. Bermacam perasaan yang timbul sebelum, semasa dan selepas mengerjakan Umrah. Walau hati berbolak balik untuk pergi, namun akhirnya saya sahut juga panggilan itu. Sungguh tak rugi malahan saya rasa lebih rugi jika saya tolak panggilan itu. Orang kata rezeki kita dapat ke sana di usia muda. Bagi saya ianya satu peluang untuk saya lebih mengenal Pencipta saya ALLAH swt. Demi ALLAH walaupun setahun telah berlalu namun, rasanya ...