Skip to main content

Ada Hikmahnya...



Pertemuan bersama rakan lama waktu lunch break semalam banyak cerita gembira yang kami kongsi.
Kebiasaannya kami kalau berjumpa soalan yang sering menjadi topik perbualan adalah tentang jodoh.  Dia bertanyakan pada saya bila tarikh pernikahan saya.
Lalu saya jawab, InShaAllah tahun ni. Sejak 5-6 tahun yang lepas bila orang bertanya saya akan jawab InShaAllah jika ada jodoh @ bila jodoh dah sampai.
Kali ini, walau saya tidak pasti siapa jodoh saya yakni bakal suami saya tapi saya yakin dengan jawapan itu.
Entah kenapa kali ini saya betul-betul yakin dengan kata hati saya bahawa saya akan mengakhiri zaman bujang saya lewat tahun ini juga.
Dia tersenyum seperti biasa.
Lalu kami teruskan menuju ke destinasi kami.
Setelah mendapatkan menu makan tengahari kami duduk untuk menikmati makanan tersebut.
Dalam pada asyik menyuap makanan, saya terperasan sesuatu di jari manisnya.
Lalu saya bertanya, ada cerita ke?
Dia tersipu-sipu malu dan tersenyum. Katanya ingat saya tak perasan, rupanya dia yang tak sedar ingat nak sorok tapi terlupa.
Ada hikmah kami berjumpa. Lalu diceritakan kisahnya. Yang pasti cerita gembira untuk dia & keluarganya.
Sebagai kawan, saya juga tumpang gembira.
Katanya juga, berkawan/bercinta 10 tahun tidak bermakna jika lelaki itu tidak benar-benar ingin kita jadi yang halal untuknya. Untuk apa menunggu sedangkan hati dah tawar. Sering mengelak bila diajak berjumpa ibubapa. Lalu untuk apa ditunggu lelaki begitu?
Saya senyum. Betul dulu ketika saya masih muda, saya fikir kita perlu kahwin dengan orang yang kita cinta/sayang.
Tapi setelah banyak kejadian yang berlaku pada diri saya buat saya sedar, kita patut cinta/sayang pada lelaki yang sudah menjadi yang halal untuk kita. Ya, kita patut cinta/sayang pada suami kita.
Dan saya gembira untuk dia kerana ALLAH telah temukan dia dengan jodoh yang memang layak untuknya. Benar kata pepatah, "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik".
Walaupun dia muda dari saya, tapi saya banyak mengambil contoh yang baik dari dia. Dia umpama adik saya sendiri.
InShaAllah, saya mendoakan kebahagian untuk dia.






Comments

Popular posts from this blog

Just go with the flow...

Tahun depan permulaan kehidupan baru. Usia menginjak ke angka 4. Bak pepatah orang putih "life begins at forty".  Keseronokan bagi sis adalah pada di usia awal remaja hingga hingga 24 tahun.  Walau bagaimanapun, tanggungjawab telah bermula sebaik sahaja kita memulakan kerjaya.  Permulaan memikirkan masa depan (lebih kepada kebimbangan) bagi sis adalah pada lewat usia 20-an. At that time, sis dah bimbang fikir pasal jodoh, kehidupan yang stabil dan beberapa perkara lain lagi. Sis pernah impikan untuk study sampai Degree level sebab masa tu fikir I am still young, masih bertenaga, and I could stay up late night untuk study & siapkan assignment. But when you reached 30, semangat tu dah hilang.   Bila perancangan further study dah terkeluar dari plan, sis baru menggelabah nak fikir pasal jodoh. Sis berdoa 2 kali ye di Jabal Rahmah (tempat pertemuan Adam & Hawa). Dengan harapan yang bukan sikit-sikit ye moga sis dapat bertemu jodoh sebelum usia cecah 35 tahun...

An Alternative Path to Meeting Mr. Right

“Because Khadijah Asked…” An Alternative Path To Meeting Mr. Right Khadijah.  Just saying her name instantly inspires me to want to be a stronger Muslimah, to sacrifice more, to discover her hidden strength and beauty she gave to her husband. Khadijah .  Who was this amazing, strong, beautiful, brilliant, pious and noble woman? I don’t mean who was she in the Seerah text, but who was she? What was it like to be her friend, what events shaped her life? What would it have been like to sit down with her over a meal and talk? What kind of advice could she tell me about marriage, Mr. Right, and living until your last breath is gone, all for the sake of Allah? It is because of her that our Deen begins with a legacy that starts, after Rasullah, with a woman. After the Mercy of Allah   (glorified and exalted be He), it is because of her sacrifices that we are Muslims today. She gave everything she had, all that she owned, from her hands, heart, and soul for Islam. ...

SILENT

Diam, Bukan bererti aku berhenti peduli padamu, Mendoakanmu, Adalah cara terbaik untukku bertahan mencintaimu..